SEOUL: Pasukan penyiasat menjumpai bulu burung dan kesan darah pada kedua-dua enjin pesawat Jeju Air yang tergelincir dan meletup di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan 29 Disember lalu. Pesawat Boeing 737-800 yang berlepas dari Bangkok, Thailand terpaksa melakukan pendaratan cemas sebelum tergelincir dari landasan dan terbakar selepas merempuh penghadang konkrit. Tragedi tersebut meragut 179 nyawa dan menjadi antara nahas penerbangan terburuk dalam sejarah Korea Selatan. Difahamkan, hanya dua kru yang berada di bahagian ekor pesawat terselamat. Empat minit sebelum nahas berlaku, juruterbang sempat melaporkan pelanggaran dengan burung dan mengisytiharkan kecemasan. Difahamkan,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya