HARARE: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang hilang selama lima hari di kawasan hutan simpan di utara Zimbabwe yang menjadi habitat binatang buas ditemui selamat selepas bertahan dengan memakan buah liar dan menggali air menggunakan kayu. Menurut laporan The Metro, Tinotenda Pundu dilaporkan tersesat selepas keluar dari kampungnya pada 27 Disember lalu. Dia dijumpai dalam keadaan lemah dan kekeringan di kawasan Taman Negara Matusadona, kira-kira 50 kilometer dari kampung asalnya. Tinotenda menggunakan kemahiran yang dipelajari di kawasan sering dilanda kemarau itu dengan menggali air di tebing sungai menggunakan kayu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya