LOS ANGELES: Peramal cuaca di Los Angeles menjangkakan angin kencang akan kembali menjelang hujung minggu, mengancam untuk memburukkan kebakaran hutan yang sudah meragut 11 nyawa dan memusnahkan lebih 10,000 struktur bangunan di kawasan itu. Jumlah kematian dijangka meningkat apabila keadaan sudah cukup selamat untuk anggota bomba menjalankan pencarian dari rumah ke rumah. Amaran merah yang diumumkan oleh Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan (NWS) menunjukkan angin sederhana hingga kuat dan kelembapan rendah akan berterusan ketika lima kebakaran marak di seluruh metropolis itu. Ahli Kongres California, Judy Chu berkata, perubahan kepada sistem insurans diperlukan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya