STOCKHOLM: Seorang pelarian Iraq beragama Kristian yang sebelum ini mencetuskan kontroversi membakar al-Quran ditembak mati ketika sedang melakukan siaran langsung di media sosial, semalam. Mangsa, Salwan Momika, 38, dilaporkan maut di sebuah premis di Sodertalje, dekat Stockholm, menurut laporan penyiar awam Sweden, SVT. Lima individu telah ditahan berhubung insiden itu, namun belum dapat dipastikan sama ada suspek utama berada dalam kalangan mereka. Media Sweden melaporkan, Momika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok ketika dia ditembak dan rakaman video menunjukkan pihak polis mengambil telefon bimbitnya dan menamatkan siaran langsung tersebut. Momika…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya