BANGKOK: Sekumpulan 49 pendatang Rohingya yang melakukan perjalanan dengan bot dari Bangladesh menuju ke Malaysia ditemukan berhampiran kawasan pantai di pulau popular Thailand, Phuket, lapor polis. Kumpulan itu ditemui oleh penduduk berhampiran kuil Ta Chat Chai di Phuket dalam keadaan lemah dan tidak bermaya, menurut laporan media tempatan. “Komuniti menemui 49 Rohingya dan kami membawa mereka ke balai polis,” kata Pegawai Kanan Polis, Sopit Ruangsri kepada AFP. Menurut Sopit, kumpulan itu memberitahu polis melalui penterjemah bahawa mereka telah meninggalkan Bangladesh bersama 75 yang lain dalam usaha untuk sampai ke Malaysia,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya