TAIPEI: Gempa bumi berukuran 6.0 magnitud melanda Taiwan, mencederakan 27 orang dan mencetuskan tanah runtuh di beberapa lokasi, lapor pihak berkuasa tempatan. Seorang wartawan AFP di ibu kota Taipei merasakan gegaran selama hampir seminit apabila gempa bumi cetek itu melanda sejurus selepas tengah malam. Menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), pusat gempa direkodkan 12 kilometer di utara Yujing, sebuah daerah penanaman mangga di selatan Taiwan. Video yang disiarkan di Facebook dan disahkan oleh AFP menunjukkan anggota bomba menyelamatkan tiga orang termasuk seorang kanak-kanak yang terperangkap dalam sebuah rumah yang runtuh…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya