BOGOTA: Sekurang-kurangnya 10 orang maut selepas sebuah pesawat kecil terhempas di barat laut Colombia, lapor pihak berkuasa. Pesawat yang dikendalikan Pacifica Travel itu hilang Rabu lalu ketika dalam penerbangan dari Jurado ke Medellin sebelum dilaporkan terhempas di kawasan luar bandar Urrao, sebuah kawasan perbandaran di Antioquia, barat laut Colombia. “Malangnya, tiada mangsa terselamat. Kami mempunyai 37 anggota yang bertugas di lokasi dan sedang mempercepat fasa kedua, termasuk usaha membawa keluar mayat,” kata Pengarah Jabatan Pengurusan Risiko Antioquia, Carlos Rios Puerta. Beliau berkata, keadaan cuaca buruk menyukarkan proses pemulihan. Sementara itu,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya