GENEVA: Sekumpulan besar wanita dan kanak-kanak mencari makanan di antara timbunan sampah di beberapa bahagian di Semenanjung Gaza, lapor pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang membuat lawatan ke wilayah terkepung itu. Ketua Pejabat Hak Asasi Manusia PBB untuk Wilayah Palestin, Ajith Sunghay turut menyatakan kebimbangan mengenai tahap kebuluran rakyat Palestin, walaupun agensi bantuan mempunyai pasukan di lapangan. “Saya amat bimbang dengan kelaziman kebuluran. Memperoleh keperluan asas telah menjadi perjuangan harian yang mengerikan untuk terus hidup,” kata Sunghay memberitahu taklimat akhbar Geneva melalui pautan video dari Jordan. Menurut Sunghay, PBB tidak…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya