LONDON: Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) terpaksa menghentikan penghantaran bantuan melalui lintasan utama Kerem Shalom antara Israel dan Gaza atas faktor keselamatan. Menurut Ketua UNRWA, Philippe Lazzarini, laluan keluar dari lintasan itu semakin tidak selamat sejak beberapa bulan lalu. “Pada 16 November, konvoi besar trak bantuan telah dirampas oleh kumpulan bersenjata. Semalam, kami cuba membawa beberapa trak makanan melalui laluan sama, tetapi kesemuanya dirampas,” katanya menerusi hantaran di laman X. Beliau memberi amaran kebuluran di Gaza semakin meruncing namun operasi kemanusiaan berdepan misi yang amat sukar dan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya