WASHINGTON: Presiden terpilih, Donald Trump menamakan jutawan bank pelaburan, Warren Stephens sebagai utusannya ke Britain. Stephens merupakan antara penyumbang dana utama Republikan tahun ini termasuk bantuan bernilai AS$2 juta (RM8.9 juta) kepada kumpulan America PAC yang menyokong kempen Trump. “Stephens sentiasa bermimpi untuk berkhidmat di Amerika Syarikat (AS) sepenuh masa. “Saya teruja bahawa beliau kini akan mempunyai peluang itu sebagai diplomat tertinggi, mewakili AS di satu daripada negara sekutu yang paling dihargai dan dikasihi AS,” kata Trump dalam catatannya di laman Truth Social . Senat dikehendaki mengesahkan pilihan itu. Stephens…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya