Suami langgar isteri, anak dengan pikap

Suami langgar isteri, anak dengan pikap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KRABI: Seorang lelaki ditahan oleh polis wilayah Krabi selatan Thailand semalam kerana melakukan keganasan rumah tangga melanggar isteri dan anaknya dengan pikap.

Lelaki itu memandu pikap ke arahisteri dan keluarganya di luar sebuah balai polis di Nakhon Si Thammarat pada 20 November.

Kes keganasan rumah tangga itu pada mulanya tidak disedari walaupun berlaku lebih dua minggu lalu.

Bagaimanapun, ia mendapat perhatian umum selepas polis menahan suspek pada  3 Disember, yang dikenali sebagai Pinno Sisooksai, 27 tahun, di rumah keluarganya di Krabi.

Pinno didakwa dengan cubaan membunuh berikutan kejadian itu.

Pada 20 November, isterinya, Lek berusia 26 tahun, ditemani anaknya dan ahli keluarga lain, pergi ke Balai Polis Tung Yai di Nakhon Si Thammarat untuk memfailkan aduan terhadapnya.

Lek mendakwa bahawa dia didera secara fizikal oleh Pinno dan bimbang akan keselamatan dirinya dan anaknya, mendorongnya untuk mendapatkan bantuan polis. – Thaiger

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN