MOSCOW: Presiden Russia, Vladimir Putin memohon maaf atas insiden tragis melibatkan pesawat Azerbaijan Airlines yang terhempas pada Hari Krismas lalu, namun enggan mengakui negaranya bertaggungjawab terhadap kejadian tersebut. Menurut kenyataan rasmi Kremlin, Putin menghubungi Presiden Azerbaijan, Ilham Aliyev, menerusi panggilan telefon bagi menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban. “Vladimir Putin memohon maaf atas insiden tragis yang berlaku di ruang udara Russia dan sekali lagi menyampaikan ucapan takziah mendalam kepada keluarga mangsa serta mendoakan agar mangsa yang cedera segera sembuh. “Pada waktu itu, Grozny, Mozdok dan Vladikavkaz sedang diserang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya