Pensyarah maut terkena renjatan elektrik ketika tutup pintu pagar dalam banjir

Pensyarah maut terkena renjatan elektrik ketika tutup pintu pagar dalam banjir

banjir
Foto dari media sosial menunjukkan Narun Nattharom ccuba menutup pintu pagar rumahnya yang dilanda banjir sebelum terkena renjatan elektrik. - TheThaiGer
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HAT YAI: Seorang pensyarah universiti kehilangan nyawa selepas terkena renjatan elektrik ketika menutup pintu pagar rumahnya dalam keadaan banjir separas pinggang.

Pegawai dari Pihak Berkuasa Elektrik Wilayah (PEA) cawangan Hat Yai memeriksa tempat kejadian dan mengenal pasti terdapat wayar tembaga terdedah berhampiran pintu pagar rumah mangsa yang dikenali sebagai Narun Nattharom.

Dipercayai wayar itu terdedah kerana kerap bersentuhan dengan pintu pagar.

Pakar kejuruteraan elektrik Penolong Profesor Dusit Suksawat menjelaskan,  mangsa berkemungkinan maut apabila wayar yang rosak itu mengalirkan elektrik ke pintu besi, menghantar arus melalui badannya ke dalam air banjir, menyebabkan kegagalan organ serta-merta.

Pemaju perumahan itu telah menjanjikan sokongan kepada keluarga Narun dan berjanji untuk membaik pulih sistem elektrik supaya memenuhi peraturan.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN