WASHINGTON: Pendedahan kepada plumbum daripada pencemaran ekzos kenderaan sepanjang abad ke-20 telah memberi kesan besar terhadap kesihatan mental jutaan rakyat Amerika Syarikat (AS), menurut kajian terbaharu yang didedahkan pada Rabu. Penyelidik menganggarkan pendedahan kepada plumbum toksik daripada petrol, yang digunakan secara meluas sebelum diharamkan pada 1996, telah menyumbang kepada 151 juta kes gangguan kesihatan mental seperti kemurungan, kebimbangan, dan gangguan hiperaktif kurang tumpuan (ADHD). Kajian yang diterbitkan dalam Journal of Child Psychology and Psychiatry itu menggunakan data sejarah mengenai paras plumbum dalam darah, corak penggunaan petrol dan statistik kesihatan mental…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya