BAITULMUQADDIS: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu akan menjalani pembedahan membuang prostat selepas disahkan menghidap jangkitan saluran kencing. Menurut pejabatnya, prosedur itu dijadualkan selepas Netanyahu menjalani ujian di Hospital Hadassah Rabu lalu. “Netanyahu menghidap jangkitan saluran kencing akibat pembesaran prostat jinak (BHP). “Akibatnya, perdana menteri akan menjalani pembedahan membuang prostat hari ini,” kata pejabat perdana menteri dalam satu kenyataan. Pada Mac, Netanyahu menjalani pembedahan hernia, manakala pada Julai tahun lalu doktor menanam perentak jantung selepas beliau menjalani pemeriksaan perubatan akibat masalah kesihatan. Prosedur itu dijalankan ketika Israel semakin ‘galak’ berperang menentang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya