Lima mayat ditemukan dalam kolah peram ikan pekasam

Lima mayat ditemukan dalam kolah peram ikan pekasam

mayat
Kolah peram ikan pekasam di mana lima mayat ditemukan dalam kejadian di daerah Lomsak di wilayah Phetchabun, Thailand. - The Nation
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Lima mayat pekerja sebuah kilang memproses ikan untuk dijadikan pekasam ditemukan dalam bekas peraman seperti kolah dalam kejadian di daerah Lomsak di wilayah Phetchabun, lapor Yayasan Phetchabun Ruamkatanyu pada Isnin.

Kilang itu mengeluarkan produk ikan yang diperam dikenali sebagai pla ra tulis yayasan itu dalam catatan Facebook.

Pekerja penyelamat dari yayasan itu dipanggil ke kilang kira-kira pukul 6 petang Isnin selepas seorang saksi menemukan mayat mangsa terapung di dalam kolah peraman bersaiz 2 x 2 meter dan dalam dua meter.

Saksikan itu berkata, dia dan lima yang maut itu adalah enam pekerja di kilang ini yang beroperasi sejak 10 tahun lalu.

Katanya, dia keluar membuat penghantaran pada awal petang dan mendapati kilang itu lengang ketika dia kembali.

Selepas meninjau tempat kejadian, ketua polis tempatan Mejar Jeneral Saranai Khongmuang membuat spekulasi bahawa salah seorang mangsa mungkin masuk ke dalam lubang asap untuk membersihkan, tetapi pengsan akibat bau.

Ini mendorong pekerja lain untuk masuk dan membantu, tetapi mengalami nasib yang sama, katanya.

Bagaimanapun, punca sebenar kematian hanya dapat ditentukan apabila bedah siasat dijalankan, tambah Saranai.

Bagi memastikan keselamatan pegawai semasa mengambil mayat, beberapa kipas telah dipasang di sekitar lubang asap untuk mengudarakan kawasan itu, yang mempunyai bau gas yang kuat daripada penapaian ikan. The Nation

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN