Lebih 100 pesakit kritikal, hospital putus bekalan elektrik

Lebih 100 pesakit kritikal, hospital di utara Gaza terputus bekalan elektrik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Nyawa lebih 100 pesakit kini diambang bahaya selepas Hospital Kamal Adwan di utara Gaza, terputus bekalan elektrik, oksigen dan bekalan air.

Pengarah hospital itu, Hossam Abu Safiyeh berkata, serangan dan pengeboman Israel menyebabkan kerosakan teruk di premis itu.

“Gangguan elektrik dan air masih berterusan. Kami merayu masyarakat antarabangsa untuk menyalurkan bantuan.

“Situasi ini amat berbahaya. Kami mempunyai pesakit di unit rawatan rapi dan pesakit lain yang menunggu giliran pembedahan. Akses ke bilik bedah hanya boleh dilakukan selepas bekalan elektrik dan oksigen kembali pulih,” katanya.

Menurut Hossam, hospital itu menempatkan 112 pesakit yang cedera, termasuk enam di unit rawatan rapi dan 14 kanak-kanak.

“Serangan berterusan berhampiran hospital itu menghalang kami melakukan kerja-kerja pembaikan,” luahnya.

Jumaat lalu, tentera Israel mendakwa kononnya pihaknya beroperasi di sekitar kemudahan itu, tetapi tidak melepaskan tembakan secara langsung ke arah hospital.

Kamal Adwan terletak di Beit Lahia, sebuah bandar di tengah-tengah operasi ketenteraan Israel yang bertujuan menghalang Hamas daripada berkumpul semula di utara Gaza.

Hospital itu adalah salah satu kemudahan perubatan operasi terakhir di utara wilayah berkenaan.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya