BANGKOK: Jumlah kematian akibat banjir terburuk yang melanda selatan Thailand dalam beberapa dekad meningkat kepada 22 orang, dengan ribuan mangsa masih berada di kem-kem bantuan. Menurut Jabatan Pencegahan dan Mitigasi Bencana, wilayah selatan Thailand dilanda hujan lebat serta banjir kilat sejak 22 November lalu, menjejaskan kira-kira 664,173 isi rumah. Kira-kira 22,000 berpindah ke pusat perlindungan sementara setakat semalam, dan tujuh wilayah masih menghadapi banjir, kata jabatan itu dalam kenyataan. Walaupun hujan mulai reda sejak beberapa hari lalu, Jabatan Meteorologi negara memberi amaran gelombang kedua dijangka melanda semula rantau itu akibat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya