TOKYO: Pasukan saintis Jepun sedang menguji ubat revolusi yang berpotensi membolehkan manusia menumbuhkan gigi baharu, memberikan alternatif kepada penggunaan gigi palsu dan implan. Usaha itu diterajui Ketua Pembedahan Oral Institut Penyelidikan Perubatan Hospital Kitano, Katsu Takahashi di Osaka. Manusia, seperti mamalia lain, lazimnya hanya menumbuhkan dua set gigi sepanjang hayat namun, kajian mendapati terdapat tunas gigi generasi ketiga yang tidak aktif tersembunyi di bawah gusi kita. Pada Oktober lalu, pasukan penyelidik Takahashi memulakan ujian klinikal di Hospital Universiti Kyoto, menggunakan ubat eksperimen yang dipercayai mampu mengaktifkan tunas gigi tersebut. “Keadaan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya