DAMSYIK: Laporan media Syria menunjukkan pesawat perang Israel melakukan berpuluh-puluh serangan di seluruh negara, termasuk di sekitar Damsyik. Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria (SOHR) yang berpangkalan di UK berkata, terdapat lebih 100 serangan ke atas sasaran tentera. Pusat penyelidikan yang disyaki mempunyai kaitan dengan pengeluaran senjata kimia adalah antara tapak yang dibedil, menurut laporan media tempatan. Israel berkata, pihaknya bertindak untuk menghentikan senjata daripada jatuh ke tangan pelampau berikutan penggulingan rejim Bashar al-Assad. SOHR berkata, terdapat beratus-ratus serangan udara Israel dalam dua hari lalu, termasuk di tapak di Damsyik yang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya