SEOUL: Insiden pesawat Jeju Air yang tergelincir hingga mengorbankan 179 nyawa disifatkan sebagai nahas udara terburuk di Korea Selatan. Pesawat membawa 175 penumpang dan enam kru itu dilaporkan tergelincir dari landasan dan merempuh tembok di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan di barat daya negara itu. Ratusan keluarga yang berkumpul di lapangan terbang tersebut menangis dan berpelukan selepas pihak bomba mengumumkan nama-nama mangsa yang maut. Beberapa saudara dilihat menjerit kepada pegawai, berulang kali menuntut lebih banyak maklumat diberikan kepada waris. Menurut pihak bomba, kemalangan itu berpunca daripada kerosakan gear pendaratan yang mungkin…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya