MANILA: Lebih 87,000 penduduk dipindahkan selepas Gunung Berapi Kanlaon di tengah Pulau Negros meletus, menghamburkan debu dan abu panas sehingga 5.6 kilometer ke udara. Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina (Phivolcs) mengarahkan penduduk yang tinggal dalam radius enam kilometer dari gunung berapi tersebut berpindah selepas status amarannya dinaikkan ke tahap tiga. Kira-kira 46,900 penduduk atau lebih separuh daripada mereka yang dipindahkan tinggal di kawasan La Castellana, Negros Occidental. “Pihak berkuasa memberi tumpuan kepada perkampungan Barangay Sag-ang di La Castellana kerana arah angin ke barat yang menimbulkan risiko tambahan daripada hujan abu,”…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya