MOSCOW: Seorang pegawai kanan tentera Russia terbunuh dalam insiden letupan di luar sebuah bangunan di Moscow, lapor penyiasat. Komander Bahagian Pertahan Nuklear, Biologi dan Kimia Angkatan Tentera Russia, Igor Kirillov terbunuh bersama timbalannya apabila letupan berlaku ketika kedua-dua lelaki itu sedang meninggalkan sebuah bangunan di tenggara Moscow awal pagi tadi. “Sebuah peranti letupan yang disembunyikan di dalam skuter yang diletakkan berhampiran pintu masuk bangunan kediaman diaktifkan pada pagi 17 Disember di Ryazansky Avenue di Moscow,” kata Jawatankuasa Penyiasatan Russia yang bertanggungjawab untuk siasatan utama di negara itu. Letupan itu memecahkan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya