AVIGNON: Mahkamah Perancis menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun terhadap bekas suami Gisele Pelicot kerana melakukan dan mengatur rogol besar-besaran yang menggemparkan negara. Dominique Pelicot, 72, didapati bersalah terhadap semua pertuduhan oleh hakim di Avignon, selatan Perancis, dan menangis ketika mahkamah menjatuhkan hukuman maksimum. Pada November 2020, Dominique mengaku memberi dadah kepada isterinya selama hampir sedekad dan merekrut berpuluh-puluh lelaki dalam talian untuk merogol wanita itu di rumah mereka ketika dia tidak sedarkan diri. Polis menjejaki tertuduh melalui beribu-ribu video yang mereka temui pada komputer riba Dominique dan pasukan penyiasat mempunyai…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya