NEW DELHI: Kerajaan negeri Assam di timur laut India menguatkuasakan larangan memakan daging lembu di tempat awam, termasuk di restoran dan majlis keramaian. Menurut Ketua Menteri, Himanta Biswa Sarma, langkah baharu ini merupakan lanjutan kepada peraturan sedia ada yang sebelum ini melarang penjualan daging lembu berhampiran tempat ibadat tertentu seperti kuil. Bagaimanapun, orang ramai masih dibenarkan membeli daging lembu dari kedai dan memakannya di rumah atau premis persendirian. Isu hidangan tersebut amat sensitif di India memandangkan lembu dianggap suci oleh penganut Hindu, yang membentuk 80 peratus daripada populasi negara itu. …
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya