TIANJIN: Seorang wanita China berusia 27 tahun meninggal dunia selepas menjalani beberapa siri prosedur kosmetik untuk menghilangkan jeragat di sebuah hospital di Tianjin. Wanita dikenali sebagai Liu, disahkan meninggal dunia pada 31 Oktober, sepuluh hari selepas menerima rawatan laser ke-10 di Hospital Dermatologi Jinmen, lapor media tempatan. Insiden yang berlaku pada 21 Oktober itu terjadi apabila seorang doktor menyapu krim anestetik pada kulitnya. Tidak lama kemudian, Liu mula pening dan terus koma sebelum mengalami kejutan dan serangan jantung. Liu dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi di Universiti Perubatan Tianjin untuk rawatan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya