Wabak Mpox kekal darurat kesihatan awam 

Wabak Mpox kekal darurat kesihatan awam 

SEORANG wanita mendukung bayinya yang menderita wabak Mpox di hospital Kavumu di timur Republik Demokratik Congo.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menegaskan wabak Mpox masih kekal sebagai darurat kesihatan awam di peringkat antarabangsa susulan peningkatan kes dan penularan yang semakin meluas.

WHO pertama kali mengisytiharkan darurat ini pada Ogos lalu selepas wabak varian baharu Mpox merebak dari Republik Demokratik Congo ke negara-negara jirannya.

Menerusi mesyuarat Jawatankuasa Kecemasan, Pengarah WHO, Dr. Tedros Adhanom Ghebreyesus bersetuju  peningkatan kes Mpox terus memenuhi kriteria darurat kesihatan antarabangsa.

Menurut kenyataan WHO, keputusan itu berdasarkan peningkatan jumlah kes, penularan geografi yang berterusan, cabaran operasi di lapangan serta keperluan untuk memperkukuh tindak balas bersama di peringkat antarabangsa.

Mpox ialah jangkitan virus yang merebak melalui kontak rapat dan biasanya menyebabkan simptom seperti selesema serta lepuh bernanah yang boleh membawa maut.

Tahun ini, lebih 46,000 kes disyaki dilaporkan di seluruh Afrika, majoritinya di Congo dengan lebih 1,000 kematian direkodkan.

Label ‘darurat kesihatan awam yang menjadi kebimbangan antarabangsa’ ialah amaran tertinggi WHO, yang turut digunakan semasa penularan wabak Mpox varian berbeza pada 2022 dan 2023.

Amaran tahun ini dikeluarkan susulan penularan varian baharu dikenali sebagai clade Ib, yang disahkan di beberapa negara termasuk United Kingdom (UK), Jerman, Sweden dan India.

Selepas dikritik kerana lambat bertindak dalam pelaksanaan vaksinasi, WHO meluluskan vaksin Mpox keluaran Bavarian Nordic dan pada awal bulan ini, menyenaraikan vaksin KM Biologics dari Jepun untuk penggunaan kecemasan.

WHO menekankan, usaha bersepadu daripada semua negara dunia amat diperlukan bagi mengawal dan menamatkan penularan wabak itu di peringkat global. -REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya