PARIS: Tujuh keluarga di Perancis memfailkan saman terhadap gergasi media sosial, TikTok, menuduh platform itu mendedahkan anak remaja mereka kepada kandungan berbahaya sehingga dua daripadanya membunuh diri pada usia 15 tahun. Saman itu mendakwa, algoritma TikTok mendedahkan tujuh remaja tersebut kepada video yang mempromosikan bunuh diri, mencederakan diri dan gangguan pemakanan, menurut peguam, Laure Boutron-Marmion. Keluarga tersebut mengambil tindakan undang-undang secara bersama di mahkamah Creteil. Boutron-Marmion berkata, ini adalah kes berkumpulan yang pertama di Eropah. “Ibu bapa mahu tanggungjawab undang-undang TikTok diiktiraf di mahkamah. “Ini adalah syarikat komersial yang menawarkan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya