BRUSSELS: Tahun ini hampir pasti akan mengatasi 2023 sebagai tahun paling panas sejak suhu global mula direkodkan, menurut Perkhidmatan Perubahan Iklim Copernicus (C3S) Kesatuan Eropah. Data itu dikeluarkan menjelang sidang kemuncak iklim PBB COP29 di Azerbaijan minggu depan, di mana negara-negara akan cuba mencapai persetujuan bagi meningkatkan pembiayaan untuk menangani perubahan iklim. C3S melaporkan dari Januari hingga Oktober, suhu purata global telah mencapai tahap yang begitu tinggi sehingga 2024 hampir pasti menjadi tahun terpanas dalam sejarah kecuali jika anomali suhu menjunam mendekati sifar bagi baki tahun ini. “Punca asas rekod…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya