RIYADH: Para pemimpin Arab dan negara Islam tiba di Arab Saudi bagi menghadiri sidang kemuncak yang akan memberi tumpuan kepada perang Israel di Gaza dan Lubnan. Menurut Saudi Press Agency, pemimpin-pemimpin Islam yang hadir akan membincangkan serangan berterusan Israel ke atas wilayah Palestin dan Republik Lubnan, serta perkembangan semasa di rantau itu. Sidang kemuncak itu diadakan setahun selepas perhimpunan serupa di Riyadh bagi Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang berpangkalan di Kaherah. Saluran berita Al-Ekhbariya Saudi turut menyiarkan rakaman Presiden Nigeria, Bola Tinubu dan Perdana Menteri Lubnan, Najib Mikati di Riyadh.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya