ATLANTA: Proses pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS) terganggu oleh beberapa ancaman bom palsu yang menyasarkan berpuluh-puluh tempat mengundi di Georgia dan Pennsylvania semasa pengundian pada hari Selasa.
FBI melaporkan ancaman yang serupa turut berlaku di beberapa negeri lain.
Kempen pemilihan presiden AS 2024 dianggap sebagai sangat tidak menentu, dan keselamatan untuk hari pengundian pada Selasa telah dipertingkatkan berikutan kebimbangan mengenai kemungkinan berlaku pergolakan awam, kemelut pilihan raya dan keganasan terhadap pekerja pengundian.
Namun tidak ada satu pun ancaman di kawasan sekitar bandar terbesar Georgia, iaitu Atlanta adalah benar, namun ia tetap memaksa beberapa lokasi pengundian menangguhkan proses mengundia bagi membolehkan pihak berkuasa melakukan pemeriksaan.
“FBI menyedari ancaman bom ke lokasi pengundian di beberapa negeri, kebanyakannya kelihatan berasal dari domain e-mel Rusia,” kata jurucakap FBI Savannah Syms dalam satu kenyataan.
“Tiada satu pun daripada ancaman itu telah ditentukan untuk dipercayai setakat ini,” tambahnya, menggesa orang ramai untuk “kekal berwaspada.”
Setiausaha Negara Georgia Brad Raffensperger berkata negara itu telah mengenal pasti Rusia sebagai sumber ancaman bom, tanpa mengulas lanjut.- AFP