WASHINGTON: Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS), Donald Trump memilih penyokong setia yang kurang pengalaman untuk menyandang beberapa jawatan utama Kabinet yang mengejutkan ramai penganalisis dan beberapa sekutunya. Pilihan Trump bagi anggota kongres Matt Gaetz, 42, sebagai peguam negara yang juga pegawai penguatkuasa undang-undang tertinggi AS, adalah pilihan yang paling mengejutkan. Bekas peguam itu tidak pernah bekerja di Jabatan Kehakiman atau sebagai pendakwa raya dan pernah disiasat oleh Jabatan Kehakiman atas dakwaan pemerdagangan seks. “Trump berikrar dalam kempen untuk mengejar musuh politiknya, termasuk Presiden Demokrat, Joe Biden, ikrar yang tidak mungkin…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya