DALLAS: Sebuah penerbangan Southwest Airlines membawa 99 penumpang dan anak kapal terkena tembakan ketika sedang bersedia untuk berlepas di Lapangan Terbang Dallas Love Field di Texas, lapor pihak berkuasa. Menurut jurucakap syarikat itu, penerbangan 2494 sedang bersiap sedia untuk berlepas ke Indianapolis apabila peluru mengenai bahagian kanan pesawat di bawah dek penerbangan. “Tiada kecederaan dilaporkan dan pesawat itu kembali ke pintu masuk dan penumpang diturunkan,” katanya kepada CBS News. Landasan lapangan terbang domestik itu ditutup sementara waktu tetapi dilaporkan sudah dibuka semula. Polis Dallas kini mengetuai siasatan ke atas insiden…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya