LONDON: United Kingdom (UK) menyaksikan peningkatan Islamofobia yang berisiko mencetuskan perpecahan serius dan kemungkinan rusuhan kaum jika punca utamanya gagal ditangani. Perkara itu ditegaskan Ketua Eksekutif kumpulan pemikir Runnymede Trust, Shabna Begum menerusi temu bual eksklusif dengan akhbar The Guardian. “Cara ahli politik bercakap tentang umat Islam sekarang sangat menghina, ia menggunakan istilah yang memecahbelahkan,” katanya. Merujuk kepada rusuhan musim panas lalu, Begum memberi amaran keganasan seperti itu mungkin akan berulang jika tiada sebarang perubahan dibuat. “Keganasan itu adalah gambaran paling buruk tentang perkauman yang dihasilkan melalui perbualan politik dan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya