TALLAHASSEE: Seorang penyelia Agensi Pengurusan Kecemasan Persekutuan (Fema) dipecat kerana mengarahkan kakitangannya supaya tidak membantu rumah mangsa taufan yang memaparkan papan tanda menyokong Presiden terpilih, Donald Trump. Pengarah Fema, Deanne Criswell menyifatkan tindakan penyelia tersebut keterlaluan dan menegaskan agensi itu berusaha keras membantu semua mangsa sebelum, semasa dan selepas bencana tanpa mengira fahaman politik. Walaupun kenyataan Criswell di laman X tidak menyatakan bila atau di mana kejadian itu berlaku, Gabenor Florida, Ron DeSantis berkata, bahagian pengurusan kecemasan akan melancarkan siasatan terperinci berhubung isu itu. DeSantis menggelar situasi itu sebagai diskriminasi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya