BAITULMUQADDIS: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu akhirnya mengaku bertanggungjawab dalam letupan dahsyat melibatkan peranti komunikasi di seluruh Lubnan, hampir dua bulan lalu. Sekurang-kurangnya 26 terbunuh dan lebih 3,200 yang lain cedera apabila ribuan peranti kelui meletup di beberapa kawasan di Lubnan pada 17 dan 18 September lalu. “Terdapat pegawai kanan dalam jabatan pertahanan dan golongan politik yang bertanggungjawab terhadap mereka yang menentang operasi alat kelui, serta penghapusan Nasrallah (pemimpin Hezbollah, Hassan Nasrallah). “Sebelum operasi alat kelui, mereka memberitahu saya bahawa AS akan menentangnya, tetapi saya tidak mendengar mereka,” kata Netanyahu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya