BAITULMUQADDIS: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu membincangkan mengenai ancaman Iran dalam panggilan telefon dengan bakal Presiden ke-47 AS, Donald Trump di tengah-tengah ketegangan perang di Gaza dan Lubnan yang terus berlarutan. Dalam satu kenyataan, pejabat Netanyahu berkata, pemimpin Israel itu mengucapkan tahniah kepada Trump atas kemenangannya dalam pilihan raya dan kedua-duanya bersetuju untuk bekerjasama demi keselamatan Israel. “Mereka turut berbincang mengenai ancaman Iran,” tambah kenyataan tersebut. Hezbollah yang disokong Iran menyatakan, puluhan ribu pejuangnya bersedia untuk berperang dengan Israel, sambil menegaskan keputusan pilihan raya AS tidak akan memberi kesan kepada…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya