Mercure Jakarta Batavia...hotel berkonsep sejarah dan moden

Mercure Jakarta Batavia…hotel berkonsep sejarah dan moden, tawar pengalaman penginapan autentik

HOTEL Mercure Jakarta Batavia dibina berkonsepkan sejarah dengan gabungan budaya tempatan, elemen warisan dan keselesaan moden.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKRATA: Sekiranya anda seorang penggemar sejarah dan berkunjung ke Jakarta, penginapan terbaik disarankan ialah di Hotel Mercure Jakarta Batavia, Indonesia.

Ini kerana Mercure Jakarta Batavia dibina berkonsepkan sejarah dengan gabungan budaya tempatan, elemen warisan dan keselesaan moden bersesuaian dengan keinginan pelancong yang mahu menikmati pengalaman penginapan yang autentik dan berbeza daripada suasana pantai.

PAULUS KARIM

Pengurus Besarnya, Paulus Karim berkata, bagi memberi kepuasan semaksimum mungkin kepada pelanggan, hotel tersebut telah menjalin kerjasama dengan dengan muzium-muzium bersejarah di sekitarnya seperti Muzium Bahari, Muzium Bank Mandiri dan Muzium Wayang yang terletak tidak jauh dari pusat kota raya Jakarta.

Malah, katanya, Mercure Jakarta Batavia juga turut menyediakan pengangkutan percuma kepada tetamunya yang ingin melawat tempat-tempat bersejarah itu.

“Tetamu dari Belanda sering merasakan nostalgia dengan mengingat sejarah keluarga mereka yang terkait dengan Indonesia, khususnya di Jakarta atau Batavia lama.

MEMILIKI 376 bilik yang direka berkonsepkan moden dan sejarah selain dilengkapi sistem penghawa dingin tiada bunyi untuk mewujudkan suasana tenang kepada pelanggan.

“Selain tetamu dari Belanda, ramai juga pelancong dari Belgium dan Perancis datang menginap di sini untuk projek jangka panjang di Jakarta. Malah yang paling kerap datang berkunjung ke Mercure Jakarta Batavia ini ialah tetamu dari Indonesia sendiri yang mengadakan program membabitkan kerajaan ataupun perniagaan,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini, baru-baru ini.

Menurut Paulus lagi, Mercure Jakarta Batavia yang memiliki 376 bilik pelbagai kategori yang cukup luas dan selesa juga menampilkan elemen seni bina moden dan Eropah klasik yang diinspirasikan daripada sejarah syarikat perdagangan Belanda di Jakarta, termasuk jendela mozek klasik, kerusi rotan dan elemen warna warisan yang menonjolkan aspek sejarah.

Katanya, bilik-bilik direka dengan selesa menggunakan bahan semula jadi seperti rotan dan dilengkapi sistem penghawa dingin yang tiada bunyi untuk mewujudkan suasana yang lebih tenang kepada pelanggan.

DEWAN yang luas dan selesa sentiasa menerima tempahan bagi program-program besar oleh syarikat-syarikat tempatan mahupun luar negara.

“Hotel turut mempersembahkan variasi reka bentuk mengikut lokasi dengan sentuhan identiti tempatan seperti motif batik Besurek di Bengkulu dan batik Betawi di Jakarta.

“Selain itu, tetamu yang menginap di hotel ini pastinya disediakan kemudahan internet dengan kelajuan ‘super mega’, maknanya talian internet cukup pantas,” ujarnya.

Sementara itu, mengulas mengenai fasiliti yang terdapat di Mercure Jakarta Batavia, Paulus memberitahu, pelbagai fasiliti terdapat di hotel tersebut seperti dewan, bilik mesyuarat, gimnasium, kolam renang tertutup dan terbuka, sauna dan spa serta kawasan permainan kanak-kanak yang selamat dan terjamin.

Selain fasiliti di atas, Mercure Jakarta Batavia juga menekankan makanan khas daerah untuk menonjolkan budaya tempatan seperti sambal Bengkulu, gado-gado Jakarta, rendang dan mengurangkan makanan daripada pengaruh negara lain.

RESTORAN yang menyajikan pelbagai masakan tradisional dan barat.

Jelasnya, walaupun mendapat kritikan daripada tetamu Barat tentang kurangnya pilihan makanan berunsurkan Barat, namun hotel itu ingin terus mengekalkan elemen juadah tempatannya.

Dalam pada itu, beliau berkata, hotel itu turut menawarkan pelbagai promosi menarik termasuk diskaun sehingga 70 peratus tetapi semua tawaran hanya sah untuk tempahan terus.

PUSAT gimnasium yang selesa dan lengkap.

“Tawaran demikian termasuklah promosi bersempena sambutan Krismas, Tahun Baharu, festival Oktober, bulan Ramadan, serta ganjaran untuk ahli dengan potongan khas dan berpeluang memenangi pakej umrah untuk pengumpul poin terbanyak,” katanya.

Kepada mereka yang ingin menginap di Mercure Jakarta Batavia, boleh hubungi +62 (21) 50830100 atau melalui e-mel [email protected] atau [email protected] untuk sebarang tempahan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN