WASHINGTON: Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengumumkan akan mencalonkan bekas Peguam Florida dan penyokong setianya, Pam Bondi sebagai Peguam Negara AS untuk menggantikan Matt Gaetz yang menarik diri. Gaetz yang sebelum ini dicalonkan untuk jawatan itu, menjadi subjek siasatan Jawatankuasa Etika Dewan terhadap dakwaan melakukan hubungan seks dengan gadis bawah umur 17 tahun dan penggunaan dadah terlarang. Beliau bagaimanapun menafikan salah laku tersebut. Bondi, 59, adalah pegawai penguatkuasa undang-undang tertinggi di Florida dari 2011 hingga 2019 dan berkhidmat di Suruhanjaya Opioid dan Penyalahgunaan Dadah Trump semasa pentadbiran pertamanya.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya