LIMA: Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden dan Presiden China, Xi Jinping bersetuju manusia yang perlu membuat keputusan berhubung penggunaan senjata nuklear dan bukan kecerdasan buatan (AI).
Rumah Putih menerusi kenyataan memaklumkan kenyataan itu menandakan buat kali pertama kedua-dua pemimpin negara membuat pengisytiharan sedemikian.
“Kedua-dua pemimpin itu mengesahkan keperluan untuk mengekalkan kawalan manusia terhadap keputusan menggunakan senjata nuklear.
“Kedua-dua pemimpin itu juga menekankan keperluan untuk mempertimbangkan dengan teliti potensi risiko dan membangunkan teknologi AI dalam bidang ketenteraan dengan cara yang berhemah dan bertanggungjawab,” kata kenyataan itu. -REUTERS