MOSCOW: Kremlin berkata, Presiden Russia, Vladimir Putin tidak bercadang untuk mengucapkan tahniah kepada Donald Trump atas kemenangannya dalam Pilihan Raya Amerika Syarikat (AS). Kremlin berkata, pihaknya akan menilai Trump berdasarkan tindakannya. “Kami akan membuat kesimpulan berdasarkan langkah konkrit dan kata-kata konkrit,” kata jurucakap Kremlin Dmitry Peskov kepada wartawan. Tambahnya, beliau tidak mengetahui rancangan Putin untuk mengucapkan tahniah kepada Trump atas kemenangannya pada pilihan raya, kerana AS adalah ‘negara yang tidak mesra’. Katanya, hubungan dengan AS berada pada tahap terendah dalam sejarah, tetapi Kremlin terbuka untuk berdialog dan akan melihat apa…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya