LAHORE: Tahap jerebu beracun tebal yang menyelubungi timur Pakistan serta utara India sejak bulan lalu dapat dilihat dengan jelas menerusi imej satelit terkini. Imej satelit dari NASA Worldview menunjukkan awan kelabu tebal menyelubungi wilayah Punjab di Pakistan dan meluas ke timur hingga ke India, termasuk ibu negara New Delhi. Pencemaran yang serius ini memaksa pihak berkuasa di Pakistan menutup sekolah dan ruang awam berikutan ancaman kesihatan kepada puluhan juta penduduk. Gambar dari bandar Lahore dan Multan hujung minggu lalu menunjukkan kabus gelap menyelimuti jalan raya, mengaburi bangunan daripada pandangan. Setiap…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya