WASHINGTON: Calon Demokrat Kamala Harris menang di California dalam pilihan raya presiden Amerika Syarikat, memperoleh 54 undian pilihan raya atau electoral, manakala pesaing Republikan Donald Trump diunjurkan menang di Idaho dan Iowa, kata rangkaian media AS.
Setakat ini, Trump diramal mendahului dengan 211 undih dan Harris 145.
Negeri-negeri yang bakal menjadi penentu termasuk Georgia dan Pennsylvania, masih belum ada keputusan. -AFP