WASHINGTON: Hakim Mahkamah Agung New York, menangguhkan hukuman ke atas Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yang sebelum ini disabitkan bersalah atas tuduhan jenayah memalsukan rekod perniagaan bagi menutup pembayaran wang sogokan kepada seorang bintang filem lucah. Keputusan Hakim, Juan Merchan itu sekali gus menangguhkan hukuman terhadap Trump untuk kali ketiga. Pendakwa raya pada Selasa menyatakan mereka tidak akan membantah penangguhan tersebut bagi memberi masa kepada peguam Trump mengemukakan hujah undang-undang untuk membatalkan kes itu. Namun, mereka berikrar untuk menentang sebarang usaha menggugurkan kes tersebut. “Kami menghormati sepenuhnya Pejabat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya