BAITULMUQADDIS: Dua letusan dilaporkan berhampiran kediaman Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu semalam di pusat bandar Caesarea, lapor perkhidmatan keselamatan. Menurut kenyataan polis dan agensi keselamatan dalaman Shin Bet, dua bom kilat mendarat di halaman luar kediaman Netanyahu dan menyifatkan insiden itu sebagai ‘serius’. Bagaimanapun katanya, Netanyahu dan keluarganya tiada di dalam rumah ketika kejadian. “Siasatan telah dibuka. Ini adalah insiden yang serius dan peningkatan yang berbahaya.” katanya. Presiden Israel, Isaac Herzog mengecam insiden itu dan memberi amaran tentang peningkatan keganasan di ruang awam. “Saya sudah bercakap dengan ketua Shin Bet…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya