WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) mengharamkan import makanan, logam dan produk lain dari kira-kira 30 syarikat China atas dakwaan menggunakan buruh paksa melibatkan etnik Uighur, menurut notis kerajaan yang disiarkan dalam talian. Langkah sekatan baharu itu melibatkan pelbagai barangan seperti pes tomato, kacang walnut, emas, dan bijih besi. Menurut kenyataan yang diterbitkan di Federal Register, sekatan itu adalah sebahagian daripada usaha kerajaan persekutuan AS untuk menghalang kemasukan barangan dan produk yang dihasilkan daripada tenaga buruh paksa ke dalam negara tersebut. Syarikat-syarikat itu dimasukkan ke dalam Senarai Entiti Akta Pencegahan Buruh Paksa…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya