MANILA: Amerika Syarikat (AS) dan Filipina memeterai perjanjian penting bagi perkongsian maklumat dan teknologi ketenteraan sulit, sebagai langkah memperkukuh kerjasama pertahanan dalam usaha mengekang pengaruh China di rantau ini. Perjanjian itu ditandatangani oleh Setiausaha Pertahanan AS, Lloyd Austin bersama rakan sejawatnya dari Filipina, Gilberto Teodoro di Manila. Menurut kenyataan pegawai terlibat, Perjanjian Maklumat Keselamatan Am Tentera (GSOMIA) membolehkan kedua-dua negara berkongsi maklumat sulit yang dapat memperkukuh pertahanan Filipina, selain menyelaraskan penjualan teknologi rahsia tertentu. Walaupun Austin dan Teodoro tidak memberi sebarang kenyataan semasa majlis menandatangani perjanjian tersebut, Jabatan Pertahanan Filipina…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya