45 aktivis pro-demokrasi Hong Kong dipenjara - Utusan Malaysia

45 aktivis pro-demokrasi Hong Kong dipenjara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HONG KONG : Mahkamah Tinggi Hong Kong menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun terhadap 45 aktivis pro-demokrasi selepas perbicaraan bersejarah di bawah undang-undang keselamatan negara itu. 

Kesemua 47 aktivis tersebut ditahan dan didakwa pada 2021 atas tuduhan konspirasi untuk melakukan subversif di bawah undang-undang keselamatan negara yang diperkenalkan oleh Beijing pada 2020 dan bakal menghadapi kemungkinan hukuman penjara seumur hidup.

Seorang bekas Sarjana Undang-Undang, Benny Tai yang dikenal pasti sebagai penganjur aktiviti tersebut, dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun, iaitu tempoh paling lama di bawah undang-undang berkenaan setakat ini.

Negara-negara Barat termasuk Amerika Syarikat mengkritik perbicaraan itu sebagai bermotifkan politik dan mendesak pembebasan aktivis tersebut yang hanya mengambil bahagian dalam aktiviti politik secara sah dan aman.

Namun, Kerajaan China dan Hong Kong mempertahankan undang-undang keselamatan negara itu, atas alasan ia diperlukan untuk memulihkan kestabilan selepas protes besar-besaran pro-demokrasi pada 2019.

Pendakwa raya mendakwa mereka merancang untuk melumpuhkan kerajaan. 

Antara individu yang dijatuhkan hukuman termasuk aktivis terkenal Hong Kong, Joshua Wong, yang dipenjara empat tahun lapan bulan, manakala, Chow dijatuhkan hukuman tujuh tahun sembilan bulan. 

Ratusan orang hadir sejak awal pagi di luar mahkamah untuk menyaksikan perbicaraan itu, dengan ramai membawa payung dalam hujan renyai untuk mendapatkan tempat di bilik mahkamah utama dan beberapa bilik tambahan.

Pihak berkuasa mengetatkan kawalan keselamatan di kawasan sekitar Mahkamah West Kowloon dengan kehadiran anjing pengesan, trak berperisai, dan kenderaan polis.

Keputusan itu mencemarkan imej Hong Kong sebagai hab kewangan global, keranan diumumkan ketika bandar itu sedang menganjurkan sidang kemuncak kewangan antarabangsa untuk menarik pelaburan baharu.

Presiden Terpilih AS, Donald Trump, menerusi calon Setiausaha Negara, Marco Rubio, sebelum ini, mengecam keputusan itu sebagai bukti serangan komprehensif undang-undang keselamatan negara terhadap autonomi, kedaulatan undang-undang, dan kebebasan asas Hong Kong. -REUTERS 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya