LAMWO: Seramai 14 orang maut akibat disambar petir semasa majlis di sebuah kem pelarian di Uganda pada Sabtu, menurut pihak berkuasa di negara Afrika Timur itu. Insiden tersebut berlaku di daerah Lamwo di utara Uganda yang turut mengakibatkan 34 orang lagi cedera. “Mangsa, yang belum dikenal pasti, berkumpul untuk berdoa apabila hujan mula turun sekitar pukul 5:00 petang (waktu tempatan). “Petir menyambar kira-kira setengah jam kemudian,” kata jurucakap pasukan polis, Kituuma Rusoke di media sosial. Kem pelarian Palabek terletak di sempadan negara dengan Sudan Selatan. Lokasi itu menempatkan kira-kira 80,000…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya