DAR ES SALAAM: Sekurang-kurangnya 13 mangsa disahkan maut apabila sebuah bangunan empat tingkat runtuh di ibu kota komersial Tanzania, Dar es Salaam, semalam. Menurut Presiden Tanzania, Samia Suluhu Hassan, lebih 80 mangsa berjaya diselamatkan dan dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Sehingga kini, seramai 26 mangsa masih dirawat di hospital, katanya dalam satu kenyataan pada Ahad. Tragedi yang berlaku sekitar jam 9 pagi (waktu tempatan) itu melibatkan sebuah bangunan yang terletak berhampiran pasar Kariakoo, di bahagian timur Dar es Salaam. Samia juga turut memaklumkan kerajaan akan menanggung kos rawatan semua…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya